Terdapat tiga elemen utama di dalam piramid kewangan. Iaitu:
1. Pelaburan
2. Simpanan
3. Perlindungan
Antara ketiga-tiga elemen ni, yang mana satu paling penting? Jom kite tengok gambarajah piramid kewangan di bawah..
Perasan tak, perlindungan diletakkan sebagai asas atau tapak di dalam piramid kewangan. Kenape ek?
Sebabnya mudah. Kalau kita tak melindungi aset atau pendapatan kita dari hilang dan sebagainya, bagaimana kita nak merancang kewangan kita. Perlindungan kepada aset atau pendapatan kita boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
Contoh paling mudah, kita tak simpan tunai yang banyak di dalam rumah. Sebaliknya memilih untuk menyimpan di bank manalah tahu, kot-kot rumah kita kena pecah masuk, tak hilang semua duit yang kita simpan tadi? Kalau semua duit dah hilang, agak-agak macamana keadaan kita nanti?
So, dah faham ke kenapa perlindungan kepada pendapatan kita menjadi asas dalam piramid kewangan?
Lepas kita dah lindungi pendapatan atau aset kita tadi, barulah kita pergi ke elemen yang kedua, iaitu simpanan. Konsep menyimpan yang betul adalah, kita simpan dulu, belanja kemudian yang baki. Kenapa pengurusan kewangan kita ke laut? Sebab ape yang kita amalkan selama ini adalah terbalik. Kita belanja dulu, simpan kemudian. Nampak tak?
Kenapa kita perlu buat pelaburan? Pelaburan adalah bertujuan untuk mengembangkan aset yang kita miliki. Boleh dikatakan 100% mereka yang terlibat dalam pelaburan ni, mahukan pulangan yang positif. Semua nak untung, tak nak rugi. Tapi bila kita boleh melabur?
Dalam perancangan kewangan yang bijak, kita hanya boleh melabur dengan lebihan pendapatan setelah ditolak segala kos untuk melindungi pendapatan dan bahagian simpanan. Melabur menggunakan duit simpanan agak tidak bijak kerana apabila kita melabur, kita tertakluk kepada dua kemungkinan. Samada untung atau rugi. Kalau melabur dengan duit simpanan pun tak bijak, apatah lagi kalau melabur menggunakan duit pinjaman. Tepuk dada, tanya selera.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment