Dalil untuk meyediakan bekalan nafkah kepada waris setelah kita meninggal dunia.
Surah Al-Baqarah: Ayat 240 |
Jangan risau, Hibah Takaful adalah penyelesaiannya.
Hibah Takaful ni ape sebenarnya?
Dalam bahasa mudah, Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain sewaktu masih hidup.
Hibah takaful adalah pelan takaful yang menggunakan konsep pengagihan pampasan kematian secara hibah. Pampasan hibah takaful ini tidak diagihkan mengikut faraid kerana akad takaful menggunakan akad Hibah Ruqba dan ia adalah bukan harta pusaka.
Memandangkan pampasan kematian yang terdapat di dalam polisi hibah takaful tadi merupakan suatu hadiah, maka pemegang polisi berhak untuk menghadiahkan/menghibahkan pampasan itu tadi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki tanpa dapat dicabar.
Ape pulak maksud wasiat dan faraid?
1. Wasiat
Bahasa mudahnya. wasiat adalah satu amanat yang dibuat oleh si mati untuk disampaikan kepada waris-waris beliau untuk ditunaikan. Ini juga meruapakan salah satu bentuk hadiah yang diberikan oleh pewasiat kepada orang yang dikehendakinya setelah kematiannya.
Kalau macam tu, tak payah lah buat hibah takaful, buat wasiat cukuplah kan?
Kat sinilah kebanyakan salah faham timbul di kalangan masyarakat kita. Ramai yang menganggap, dengan membuat wasiat, pembahagian harta setelah kematian mereka akan berjalan lancar. Kenyataan ini hanyala separuh benar sahaja!
Antara syarat sah wasiat adalah, kita tak boleh berwasiat untuk memberikan seluruh harta kepada bukan waris kita yang sah dari segi syarak seperti anak angkat. Wasiat hanya terpakai jika harta yang diwasiatkan itu tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta DAN mendapat persetujuan dari waris-waris sah yang lain.
Sekiraya waris sah yang lain tidak bersetuju dengan agihan wasiat tersebut, maka wasiat itu akan terbatal dan pembahagian harta secara faraidh akan dilakukan. Perlu juga diingatkan, wasiat juga tidak terpakai sekiranya orang yang menerima harta secara wasiat merupakan waris kita yang sah dari segi syarak seperti isteri/suami/anak-anak. Faham?
2. Faraidh macama pulak?
Ok. Faraidh merupakan satu kaedah asas yang digariskan oleh syarak dalam pengurusan harta pusaka. Setiap waris yang layak untuk menerima faraidh telah ditetapkan bahagiannya masing-masing. Seteruk manapun kita mendengar rungutan di dalam masyarakat yang memperkatakan isu faraidh ini, kita seharusnya perlu YAKIN dan PERCAYA segala syariat yang digariskan oleh Islam itu adalah terbaik untuk kita. Kerana ia adalah ketetapan dari ALLAH swt yang pastinya tahu apa yang terbaik untuk kita.
Segala insiden dan rungutan yang timbul dari isu faraidh ini adalah disebabkan oleh sikap buruk kita sendiri sebagai manusia.
Macamana nak proses faraidh ni?
Secara ringkasnya,
1. Setelah berlakunya kematian, segala wang simpanan arwah di dalam akaun bank, unit amanah, unit saham, ASB, Tabung Haji dll. akan dibekukan. Wang-wang ini tidak boleh dikeluarkan sehinggalah proses pembahagiannya telah diselesaikan mengikut sistem faraidh.
2. Sekiranya arwah ada meninggalkan harta seperti rumah, tanah, kereta atau motor, segala harta-harta ini tidak boleh dipindah milik atau dijual sehinggalah segala urusan pembahagiannya diselesaikan mengikut sistem faraidh.
3. Untuk duit KWSP, walaupun arwah telah meletakkan nama isterinya sebagai penerima duit KWSP, ia bukanlah hak mutlak isteri, isteri hanyalah pentadbir sahaja dan haruslah dibahagiakan mengikut sistem faraidh.
4. Kat mana nak proses pembahagian harta ni?
a) Jika nilai harta yang ditinggalkan arwah di bawah RM2juta dan terdiri dariapada harta alih dan harta tak alih, proses pembahagian pusaka boleh dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian mengikut tempat tinggal masing-masing.
Masa yang diambil untuk menyelesaikan proses ini adalah dari 6 bulan hingga bertahun-tahun lamanya bergantung kepada persetujuan pembahagian oleh setiap waris yang layak.
Lagi cepat persetujuan dicapai, lagi cepatlah urusan pembahagian harta tu siap. Caj paling tinggi yang dikenakan adalah 0.2% (untuk nilaian harta dari RM50,001 dan ke atas) dari nilai harta yang ditinggalkan.
b) Untuk nilai harta yang melebihi RM2juta, kita perlu melantik peguam kerana ia akan diproses di Mahkamah Tinggi. Dan kos peguam pula akan ditetntukan oleh firma peguam yang kita lantik. Bersedialah.
c) Jika arwah hanya meninggalkan kenderaan dan wang tunai yang tidak melebihi RM600,000 nilainya, proses pembahagian boleh dibuat di Amanah Raya Berhad. Cajnya dalah seperti berikut:
RM25,000 pertama = 5%
RM225,000 berikutnya = 4%
RM250,000 berikutnya = 3%
RM500,000 berikutnya = 2%
selebihnya = 1%
Berapa agaknya ye untuk bayar caj Amanah Raya ni?Hmmm.....
JANGAN LUPA, harta yang ditinggalkan oleh arwah tadi akan digunakan untuk membayar segala HUTANG-HUTANG arwah sebelum dibahagikan kepada yang berhak.
Kesimpulannya, pembahagian harta pusaka bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi, malah turut akan mengambil masa yang lama.
Bayangkan balu dan anak-anak yang ditinggalkan terpaksa naik turun pejabat peguam untuk menguruskan pembahagian harta ini, sudah tentulah memerlukan wang yang secukupnya untuk menampung segala perbelanjaan.
Bagaimana pula nasib balu yang terpaksa bekerha untuk menyara anak-anak yang masih kecil setelah ketiadaan suami? Sudahlah terpaksa bekerja, kebajikan anak-anak pula tidak terurus. Kebanyakan dari mereka akan terabai dan ketinggalan di dalam pelajaran.
Dalam keadaan hidup perit, serba kepayahan dan kekurangan, kurang kasih sayang, adakah arwah maish boleh mengharapkan kiriman doa dari anak-anak yang soleh untuk dijadikan bekalan akhirat?
Bukanlah bermaksud untuk mempersoalkan nilai wang atau harta yang ditinggalkan, tetapi tiada siapa yang dapat menyangkal fakta ini:
Wang BUKAN segalanya,
Tapi segalanya PERLUKAN wang.
Semoga bermanfaat.
Kan senang kalau buat Hibah Takaful, sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment