Selepas kita memahami keutamaan dalam perancangan kewangan kita melalui piramid kewangan, mari kita lihat apakah financial tools yang kita boleh gunakan demi mencapai matlamat kewangan kita.
Apa financial tools tu ye?
Ok. macam ni.
1. Ibaratkan matlamat kewangan kita tu sebuah tempat yang kita nak tuju.
2. Dah ada tempat nak tuju, kita kena pilih laluan untuk ke sana (gunakan piramid kewangan sebagai panduan) samada dengan menggunakan intsrumen perlindungan, simpanan, pelaburan mahupun ketiga-tiga instrumen tersebut.
3. Pilihlah kenderaan yang sesuai untuk perjalanan kita mengikut bajet dan kesesuaian. 'Kenderaan' inilah yang dinamakan sebagai 'financial tools' dalam perancangan kewangan.
Apakah financial tools yang kita ade dalam pasaran sekarang?
Untuk instrumen pelaburan, kita biasanya tools yang dipilih adalah hartanah, busra saham, unit amanah, ASBF dll. Kita haruslah bijak dalam memilih tools yang sesuai dengan situasi kewangan kita pada waktu sekarang kerana merancang kewangan adalah berdasarkan apa yang kita miliki sekarang, bukannya dengan apa yang kita jangka akan dapat. Dan jangan dilupa yang sesetengah financial tool yang dipilih mengenakan caj perkhidmtan dan pengurusan yang boleh menyebabkan ROI kita sedikit menurun.
Manakala untuk simpanan pula tools yang paling popular adalah ASB & Tabung Haji selain dari Fixed Deposit.
Macamana pulak dengan instrumen perlindungan? Financial tool untuk instrumen perlindungan sudah semestinya insurans dan takaful. Selain bertindak sebagai tool untuk instrumen perlindungan, insurans dan takaful juga telah membuka cabang pengendaliannya ke arah instrumen simpanan dan pelaburan.
Pernah dengar pelan takaful yang menawarkan faedah pelan pendidikan untuk anak-anak?
Itu adalah satu contoh mudah bagi financial tool takaful yang turut menawarkan skim pelaburan dan simpanan terbina (built in) di dalam pelan takaful itu sendiri. Walaubagaimanapun, kita seharusnya patut tahu bahawa elemen simpanan dan pelaburan di dalam pelan takaful bersifat faedah sampingan dan tujuan utama takaful itu sendiri adalah untuk memberikan perlindungan kepada pendapatan dan aset yang kita miliki pada waktu sekarang seandainya musibah melanda.
Bagi yang belum tahu, Pelan Warisan Plus yang disediakan oleh syarikat takaful ternama iaitu PruBSN Takaful Berhad. menawarkan pulangan pelaburan yang terbaik bagi mereka yang inginkan pulangan tunai yang tinggi bagi pelan takaful mereka. Nak tahu lebih lanjut? klik sini.
No comments:
Post a Comment